Isnin, 18 April 2011

Hari 9 - Wireless Fidelity

Salam dari gua u allz...

Komputer hari ini telah dilengkapi dengan teknologi wireless atau tanpa wayar. Sememangnya kita inginkan penggunaan internet tetapi tidaklah berada pada satu tempat sekiranya kita menggunakan laptop atau notebook. Jadi WiFi amatlah berguna kepada kita pada masa ini.

Wi-Fi atau kepanjangannya wireless fidelity telah memasukki era komersial pada tahun 1999. Kerjasama antara syarikat yang mengeluarkan alatan yang disahkan kepenggunaan wifi telah berpakat untuk bersama membangunkan teknologi ini. Mereka juga menubuhkan pakatan untuk membenarkan ahli2 menggunakan logo wifi dan menyatakan produk mereka adalah boleh menggunakan wifi.

Sabtu, 16 April 2011

Hari Ke 10 - Fiber

Salam dari gua u allz...

Pemasangan UniFi ke rumah gua tinggal 10 Hari jer lagi. Jadi gua nak letak tentang semua yang berkaitan dengan UniFi, internet dan sebagainya dalam blog gua ni... Tengoklah kadang2 gua nak kongsi berapa banyak maklumat.

Untuk hari first (Hari 10 dan ia akan menurun) gua akan cerita pasal Fiber atau Serat atau Gentian. Apa itu Fiber. Secara ilmuannya (Menurut wiki) fiber adalah sejenis bahan yang berfilamen berterusan atau dalam potongan memanjang diskrit, sama seperti benang yang panjang . Kalau bahasa asingnya " materials that are continuous filaments or are in discrete elongated pieces, similar to lengths of thread."

Sabtu, 9 April 2011

Nasi Lemak.

Salam dari gua u allz...

Kesedapan nasi lemak itu selalunya di;etakkan orang pada sambalnya. Ntah kenapa petanda kesedapan nasi lemak diletakkan pada sambalnya.... Apakah gua jer yang letakkan atau korang pun rasakannya sedemikian.



Apa pun sebagai tukang masak, tukang rasa, tukang cipta resepi dari rasa, kesedapan nasi pada gua adalah terletak pada 3 benda iaitu nasinya, sambalnya dan ikan bilis serta kacangnya...Bagi gua nasi lemak punya nasi haruslah tidak terlalu kembang atau keras. Kena sedang2. Disebabkan ianya dimasak menggunakan santan, ianya haruslah bersifat terlerai bukan sepeti nasi lembik yang bila sejuk payahnya nak leraikan...

Sambalnya pulak haruslah cukup semua rasanya. Manisnya, masamnya, masinnya dan tidak terlalu berair... Dan gua pantang kalau sambal tu ada ikan bilis. Kununnya nak memudahkan dia tapi bagi gua ikan bilis untuk nasi lemak takleh berada dalam sambal itu. Sebab tu gua makan nasi lemak, ambil sambal ayam sebab sambal ayam memang diorang masak betul2 dan dapat perasa tambahan lagi iaitu ayam....heheheheh

Bagi ikan bilis dan kacang, kedua dua ini haruslah ranggup dan boleh dikunyah. Jangan ikan bilis liat sudahlah. Gua memang anti dengan ikan bilis yang liat2 ini.

Tapi macam man plak ngan nasi lemak yang dah siap bungkus??? Memang gua tak makan kecuali memang dah takde sarapan lain. Sebab tu gua beli dari kaum keluarga gua punya nasi lemak. Dijamin puas hati dan sedap...hehehehe

Oklah itu jer entri pagi ini menceritakan pasal kisah nasi LEMAK kegemaran orang Malaysia dari dulu lagi...

p/s: Kalau siapa nak beli nasi lemak keluaran keluarga gua atau lebih tepat lagi Mak Lang gua, boleh lah singgah digerai beliau di kawasan kejiranan Putra Heights. Simpang masuk Bukit Lanchong sebelum turun bukit. Kalau anda nak ke Bukit Lanchong kene u-turn tapi ini anda belok ke simpang kekanan anda.

Jumaat, 1 April 2011

Video ZD.

Salam dari gua u allz...

Sempena hari ini sebagai hari pelancaran zero defect  johnsons, gua bagi video cheers yang gua buat bersama rakan sekerja gua yang lain.... layan....



Inilah video yang gua buat... Kalau suka like ar dekat youtube...

Rabu, 30 Mac 2011

Cacat Sifar.

Salam dari gua u allz...

Wah, hari ini gua ngan rakan pejabat gua membuat video untuk kegunaan semasa pelancaran hari zero defect. Apa itu zero defect? Benda bukan bermakna setiap produk yang dihasilkan langsung tiada cacat, itu amat musthail melainkan ciptaan Tuhan yang Maha Berkuasa tetapi suatu motivasi untuk pekerja agar melakukan sesuatu benda itu dengan betul pada permulaan sehingga akhir.

Sekira defect dikesan, haruslah sebagai pekerja menjalankan tugas untuk menyiasat punca defect dan membetulkannya agar tidak berulang kembali. Minda sebegini yang harus ditanam dalam diri semua insan termasuklah gua.

Dah alang2 duduk kat kilang tu, amik gambar bukan main banyak lagi pasal ZD ni.... Layan la...

Pasar Isnin

Salam dari gua u allz...

Gua dah lama tak pergi pasar isnin ni. Adalah dalam 5 - 6 tahun. Begitu juga dengan pasar khamis. Lebih lama dari pasar isnin ni. Isnin lepas, gua pergi jugak pasar inin ni. Bila ada kat sana jer, rasa macam klasik plak pasar tu. Hahahaha yelah rasa teringat pasar yang dulu.

Gua apa lagi, cari makcik yang jual rojak seperti gua cakap tempoh hari. Akhirnya gua jumpa jugak tapi tempat dia paling ujung dekat pasar tu....huhuhu Menapak jugak gua untuk ketempat makcik tu. Tapi baguslah juga sebab gua nak mapping sistem pasar tu. Nasib sekarang pasar2 dah tak berselerak mengingkut kesukaan peniaga. Sekarang semua mengikut barangan, Makanan hujung, mula2 baju dan tengah orang jual sayur mayur. Depends pada tempat masuk la.... Gua masuk dari tempat orang jua baju dulu.


Tengok, hand made rojak tu.... bukan mudah nak jumpa orang buat rojak camni.

Rojak yang siap didalam mangkuk. Tu tgh makan. Dia memang begini sebab buah buahan kan banyak air, jadi air yang banyak tu datang dari semua jenis buah yang ada kat dalam tu. Sebab tu rojak ni kena makan segera. Kalau boleh jangan lebih 2 jam. Sebab nanti keranggupan buah tu kurang. Tapi dia tetap sedap jugak...heheheh

Oklah, gua jalan dulu.... Babai....

Sabtu, 26 Mac 2011

Earth Hour - Satu langkah permulaan

Salam dari gua u allz...

Orang bijak pandai pernah mengatakan, perjalanan yang jauh bermula dengan satu langkah. Gua pun berpendapat begitu. Sebab kita dari kecik belajar berjalan pun dengan langkah pertama dan seterusnya sampailah kita boleh berlari kesana kemari.

Hari ini kalau semua sedar merupakan hari untuk earth hour. Pada gua harus nama menjadi Earth day kerana masa 8.30 malam itu bukanlah untuk satu negara tetapi mengikut zon waktu seperti mana yang kita belajar masa sekolah dulu. 8.30 malam di Shah Alam tidak sama dengan waktu di London. Ketika itu London baru je masuk pukul 12.30 tgh hari. 8 jam kemudiannya barulah London akan buat Earth Hour.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan eart hour ini kalau dilihat dari angkasa lepas. Kalau semua negara yang berkongsi jaluran waktu yang sama, tentu melalui satelit, imej yang terlihat adalah satu jaluran gelap diantara zon waktu 7.30 dan 9.30 malam.
Bayangkan jaluran gelap bagi setiap zon waktu... 
Tapi rasanya kita patut bergerak lebih daripada itu. Mungkin pada masa depan kita akan melakukan hari atau masa yang lain seperti plastic day, public transportation day dan sebagainya. Ini sebagai satu kesungguhan untuk kita menjaga bumi kita untuk anak anak kita pada masa akan datang.

Bayangkan suatu hari nanti kita duduk di dunia kita yang serba maju dan segala permasalahan dunia ini telah selesai. Itulah baru dunia harapan kita.

Jumaat, 25 Mac 2011

Gua nak PC baru

Salam dari gua u allz...

Semenjak masuk tahun 2011 ni, rasanya inilah paling lama gua pakai pc gua tanpa upgrade langsung. PC gua sekarang akan masuk 2 tahun bersama gua. Gua dulu dah jual pc gua yang sebelumnya tapi dengan yang ini sampai 2 tahun gua pakai...huhuhuhhu lama jugak tak upgrade ni. Semunya disebabkan takde sumber kewangan.

Sekarang gua teringin nak upgrade tapi mengikut perkembangan semasa, intel akan keluarkan core i7 sandy bridge, AMD plak dengan teknologi bulldozer dia. Gua jadi tak sabar nak menunggu kehadiran processor baru ni. Tapi dah tentu harga diorang boleh tahan semuanya.

Gua pun tak tahu sama ada nak jual pc gua ni atau tidak. Kalau jual macam takde value la pulak sebab da lama. Tapi kalau tak jual saper nak pakai dan gua plak takde duit support....Payah betul la.... huhuhu

Tengoklah masanya nanti. Gua nak upgrade GPU, CPU, mobo dan memory... itu jer. Yang lain gua semua dah ok...

Isnin, 21 Mac 2011

Lama tak makan benda ni.

Salam dari gua u allz...

Gua dah lama tak pekena benda ni. Dulu masa gua kecik kecik adalah dalam darjah 3 ke 4, mak gua selalu beli. Kat pasar malam isnin, khamis dan jumaat. Biasanya beli rm2 dah cukup makan satu keluarga. Hebat gila, rm2 je cukup makan untuk satu keluarga!!!...

Sampai la gua duduk kat UMP, gua nampak lah benda ni dekat pasar gambang tu.... Tapi dia tak lah sama seperti tempat gua punya jadi gua sekadar lalu je la depan tu sebab kalau gua beli pun gerenti gua menyumpah nyumpah pastuh... Baik takyah beli.

Gua ingat benda tu dah takde sebab lama tu gua tak rasa... Adalah dalam 10 tahun.... Last minggu lepas kakak gua beli dan minggu ni pun kakak gua beli.... wah seronok gila gua. Sebenar benda yang gua nak ini adalah rojak buah. Rojak ni bukan sebarang rojak sebab rojak ini akan dibuat fresh dengan menggunakan bahan seperti cili api, kacang tumbuk, kicap, petis dan sebagainya. Pastu gaul2 dan masukkan buah.... Sebab itu dianya memang fresh dari ladang....

Kat pasar ni memang makcik ni je yang jual rojak buah style camni. Memang sedap la.... Minggu depan gua nak beli sendiri. Balik jer keje gua singgah kat pasar malam tu...

cerita gua sampai sini jer...Adios amigos...

Sabtu, 19 Mac 2011

Lagi lama menunggu internet...

Salam dari gua u allz...

Gua tengah hari tadi pergila menyemak status dekat tm point PJ pasal status permohonan gua terhadap streamyx gradpack. Biasalah, gua bukan boleh tahan dengan internet lembab2 ni. Hati gua panas jer menunggu bila web tu nak load. Berjanggut gua menunggu. Huhuhu

Gua samapai sana dalam pukul 12.45 tgh hari. Gua pergi je sebab dia tutup pukul satu. Sampai giliran gua dekat kaunter depan tu, gua tanya
" bang, nak semak permohonan telefon dan streamyx"
" bila mohon?"
"26 feb, bang, ni ha dia nyer detail"

brother tu ambil dan semak dekat komputer tm. Last2 keluar " kediaman terlalu jauh, cadangan UniFi"

Gua dalam hati sakit hati je...huuhu Padahal ada jer rumah lebih jauh dari gua dapat jer pakai telefon dan rumah makcik gua di belakang dan sebelah gua[secara teknikal lagi jauh] boleh je pasang streamyx. Ini tak lain tak bukan sebab adanya unifi dirumah gua.

Gua dulu dah daftar unifi tetapi sebabkan alamat diorang tak update jadi dia jadi kes tergantung sebab mereka nak alamat seperti dalam sistem. Dalam hati gua, gua duduk sini 23 tahun, kalau gua check tu da ada, ada la. Tak yah nak risau, terminal tu depan rumah gua.

Last2 gua daftar je la unifi tu. Tapi akak kaunter kata dia akan repot[harap segera] dan pihak teknikal akan datang buat survey alamat[Tak habis habis lagi] baru dia akan call dan menentukan tarikh pemasangan. Oleh kerana TM telah memanjangkan promosi, sekarang orang yang beratur untuk pasang unifi dah penuh sampai bulan 4. Nak masuk bulan 5 dah. Tapi akak tu kata depends pada lokasi dan kekosongan jadual...huhuh

ok la itu jer celoteh gua hari ini.

p/s: nampak sangat dia nak suruh pakai unifi....hhuhuhuhuhuh

Jumaat, 18 Mac 2011

Sorang sorang kat rumah

Salam dari gua u allz...

waduh, gua duduk sorang2 dekat rumah ni. Kalau tahu keluarga gua pergi jalan jalan ke Melaka hari ini gua dengan selamba badak balik awal sikit tadi. huhuhuhuhu. Nasib adik kepada kakak ipar gua ada temankan gua. Takde la gua nak takut apa2 kalau dengar bunyi pelik kat luar tu....Hahahaha gua main main je. Gua nak takut apa? Gua tidor mati. Mana nak dengar..

Tadi masa gua kat tempat kerja, big boss puas hati ngan kerja gua. Terima kasih gua ucapkan kepada abang teknikal yang selalu gua duk ikut sebab gua ni cuma praktikal trainee jer, dia dah 10 tahun keje kat situ. Jadi segala ilmu gua harus korek2 sedalam dalamnya dari dia.

Apa apa pun gua harap projek pump jalan lancar nanti. Gua harap segala perkiraan gua cukup. Jangan kurang sudah, naya je gua kene marah dengan bigboss nanti...huhuuhuh

OKlah adios, amigos...

p/s: esok nak pi tm, nak tanya pasal telepon gua bila nak masuk. Gua dah takleh hidup dengan internet lembab ni.

p/p/s: Anep, elok ko join jnj, bulan 6 projek besar jalan, banyak kerja.... for sure ko kene balik lewat malam....

Dah hampir separuh.

Salam dari gua u allz...

Sedar tak sedar gua dah menjalani latihan praktikal hampir separuh abad semester dah. Huhuhu Laju jugak masa berjalan. Tengok2 dah 12 minggu gua berada di johnson&johnson, tempat gua menghabiskan masa selama 1 semester untuk latihan industri aje.

Tak lama lagi datanglah pula guru aka supervisor gua dari ump untuk menilai pretasi gua seterusnya memberi sebahagian markah daripada markah keseluruhan LI. Gua harap gua dapat buat yang terbaik masa itu nanti.

Mungkin gua akan sibuk bila ada pertukaran sesuatu di jnj nanti. rasanya hujung bulan 6 dan 7. Waktu tu gua dah habis LI tapi diorang akan pertimbangkan gua punya kerjaya boleh diteruskan. Tapi gua kata untuk 6 bulan boleh la sebab gua nak sambung master nanti.

Sebut pasal master, gua tengah berfikir apa tajuk sesuai untuk gua buat research. Gua pening memikirkan tajuk yang di research sebab gua takde idea langsung. Apa apa pun gua akan pergi balik UMP untuk borak borak dengan kawan kawan gua dan lecturer gua pasal master ini.

OK la, gua chow dulu. Adios amigos...

Khamis, 17 Mac 2011

Kenduri Kahwin Bunga FKM...

Salam dari gua u allz...

Dekat fakulti gua, ada bunga2 penyeri yang menggembirakan para pelajar fkm terutamanya lelaki[biasalah, mekanikal mesti banyak lelaki].. Orang kata bila pi pejabat admin, bunga2 ini dok sebagai penyeri menyebabkan masalah ke, problem ke, nak jumpa sesiapa ke jadi senang dan sejuk aje...hahaha

Tapi, akhirnya bunga2 ini telah diambil orang. Jadi semua lepas ni melopong sahaja la melihat bini orang[janganlah plak korang ganggu] berada fdi fkm tu. Takper fkm masih banyak wanita wanita yang comel2 dan menarik. Malahan jiran fakulti kita pon ada juga kaum2 hawa.

Hari sabtu lepas selepas gua melawat kawan kawan gua kat UMP, gua dapat tahu kawan gua semua nak pergi kenduri kahwin bunga penyeri fkm. Jadi gua ikut jela sebab gua pun dah nak balik pada hari ahad tu. Seperti biasa gua dengan bini gua, ninja_kechik sambil mengikuti dua bijik kereta, viva dan unser menuju ke termeloh.

Naik kematu jugalah punggung gua berjalan jauh. Last sekali sampai sana hampir pukul 1. Dengan perut lapar gua dan kawan balun jer la apa yang ada. Nasib kene jaga, kalau tak gua sapu banyak2. Da lah gua makan banyak....hhehehehe

Habis kenduri, lecturer gua belanja aiskrim yang kebetulan tengah buat jualan gudang. Lepas makan eskrim, pergi la plak melepak kat termeloh waterfront[gua yang bubuh nama ni, sepatutnya termeloh esplanade] dan akhir sekali gua pun bali sekitar pukul 3 lebih.

Gua rasa seronok melihat kawan2 gua. Lama tak jumpa dan menyebabkan gua rindu pada mereka semua. Bulan depan gua nak pergi lagi melawat muka muka mereka....

p/s: Gua nak melawat kawan gua dekat damansara pulak lepas ni. Yang kat kajang tu dengarnya bercuti....

Selasa, 15 Mac 2011

Melawat kawan2 gua...

Salam dari gua u allz...

Jumaat lepas, Gua dengan moto gua, ninja-kechik pergi ke negeri atas angin pantai timur iaitu tempat gua belajar. Tujuan gua adalah untuk melihat perkembangan anak2 gua[Hahahaha gua ni papa unofficial dorang] sambil melihat komputer sarjan hassan dan melihat apa2 dasar yang pak najib akan sampaikan pada keesokkan harinya. [yakni hari sabtu, bukan dengar pun.... gua cuma nak makan free jer...]

Dalam idup gua yang hampir 23 tahun, inilah pertama kali gua ride sorang kenegeri orang. Dah la tu, ujan plak dari pangi bawak ke malam. Memang gua redah jer sebab rindu punya pasal dengan kawan kawan gua. Kurang nasib baik gak nasib gua sebab terpaksa bersejuk dan berbasahan pada tempoh hari.

Isnin, 14 Mac 2011

#DiGiSuperReload kini kembali dengan promosi terhebat! Isi semula dengan pelan-pelan DiGi Prepaid dan nikmati ganjaran-gajaran hebat dengan percuma. Cuba hari ini.

#DiGiSuperReload kini kembali dengan promosi terhebat! Isi semula dengan pelan-pelan DiGi Prepaid dan nikmati ganjaran-gajaran hebat dengan percuma. Cuba hari ini.

Salam dari gua u allz...

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Salam dari gua u allz...

Blog gua yang baru.

Salam u allz...

Hahaha, gua nak buat satu blog yang tidak ikut bahasa stended gua, memang bahasa pasar+sms+bm+bi...

Blog ini akan gua cerita semua tentang gua, serba serbi kehidupan gua dan juga rahsia rahsia gua. Tapi bukan semua rahsia gua boleh bagi. Bahaya kepada diri gua dan negara. Tapi apa apa pun gua rasa macam takde rahsia jer yang gua nak sampai kan kepada u allz.

Harapan gua agar blog ini gua bangunkan bersama blog beretika gua iaitu kibotnmos.com. Inilah satu satunya blog gua yang beretika, menjaga tata kata(Kecuali gua ambik orang punya...). Gua rasa kesalahan ayat atau kecampuran ayat dalam tu sangat la kecil. Sekitar 1 % kot... Biasalah gua peminat bahasa melayu tegar. Henpon gua pun dalam BM....heheheh

OK lah. Nanti gua sambung cerita yang lain. Banyak ni gua simpan nak bagi tahu kat semua orang...

Gua blah dulu...