Sabtu, 26 Mac 2011

Earth Hour - Satu langkah permulaan

Salam dari gua u allz...

Orang bijak pandai pernah mengatakan, perjalanan yang jauh bermula dengan satu langkah. Gua pun berpendapat begitu. Sebab kita dari kecik belajar berjalan pun dengan langkah pertama dan seterusnya sampailah kita boleh berlari kesana kemari.

Hari ini kalau semua sedar merupakan hari untuk earth hour. Pada gua harus nama menjadi Earth day kerana masa 8.30 malam itu bukanlah untuk satu negara tetapi mengikut zon waktu seperti mana yang kita belajar masa sekolah dulu. 8.30 malam di Shah Alam tidak sama dengan waktu di London. Ketika itu London baru je masuk pukul 12.30 tgh hari. 8 jam kemudiannya barulah London akan buat Earth Hour.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan eart hour ini kalau dilihat dari angkasa lepas. Kalau semua negara yang berkongsi jaluran waktu yang sama, tentu melalui satelit, imej yang terlihat adalah satu jaluran gelap diantara zon waktu 7.30 dan 9.30 malam.
Bayangkan jaluran gelap bagi setiap zon waktu... 
Tapi rasanya kita patut bergerak lebih daripada itu. Mungkin pada masa depan kita akan melakukan hari atau masa yang lain seperti plastic day, public transportation day dan sebagainya. Ini sebagai satu kesungguhan untuk kita menjaga bumi kita untuk anak anak kita pada masa akan datang.

Bayangkan suatu hari nanti kita duduk di dunia kita yang serba maju dan segala permasalahan dunia ini telah selesai. Itulah baru dunia harapan kita.

Tiada ulasan: