Khamis, 17 Mac 2011

Kenduri Kahwin Bunga FKM...

Salam dari gua u allz...

Dekat fakulti gua, ada bunga2 penyeri yang menggembirakan para pelajar fkm terutamanya lelaki[biasalah, mekanikal mesti banyak lelaki].. Orang kata bila pi pejabat admin, bunga2 ini dok sebagai penyeri menyebabkan masalah ke, problem ke, nak jumpa sesiapa ke jadi senang dan sejuk aje...hahaha

Tapi, akhirnya bunga2 ini telah diambil orang. Jadi semua lepas ni melopong sahaja la melihat bini orang[janganlah plak korang ganggu] berada fdi fkm tu. Takper fkm masih banyak wanita wanita yang comel2 dan menarik. Malahan jiran fakulti kita pon ada juga kaum2 hawa.

Hari sabtu lepas selepas gua melawat kawan kawan gua kat UMP, gua dapat tahu kawan gua semua nak pergi kenduri kahwin bunga penyeri fkm. Jadi gua ikut jela sebab gua pun dah nak balik pada hari ahad tu. Seperti biasa gua dengan bini gua, ninja_kechik sambil mengikuti dua bijik kereta, viva dan unser menuju ke termeloh.

Naik kematu jugalah punggung gua berjalan jauh. Last sekali sampai sana hampir pukul 1. Dengan perut lapar gua dan kawan balun jer la apa yang ada. Nasib kene jaga, kalau tak gua sapu banyak2. Da lah gua makan banyak....hhehehehe

Habis kenduri, lecturer gua belanja aiskrim yang kebetulan tengah buat jualan gudang. Lepas makan eskrim, pergi la plak melepak kat termeloh waterfront[gua yang bubuh nama ni, sepatutnya termeloh esplanade] dan akhir sekali gua pun bali sekitar pukul 3 lebih.

Gua rasa seronok melihat kawan2 gua. Lama tak jumpa dan menyebabkan gua rindu pada mereka semua. Bulan depan gua nak pergi lagi melawat muka muka mereka....

p/s: Gua nak melawat kawan gua dekat damansara pulak lepas ni. Yang kat kajang tu dengarnya bercuti....

Tiada ulasan: