Rabu, 30 Mac 2011

Pasar Isnin

Salam dari gua u allz...

Gua dah lama tak pergi pasar isnin ni. Adalah dalam 5 - 6 tahun. Begitu juga dengan pasar khamis. Lebih lama dari pasar isnin ni. Isnin lepas, gua pergi jugak pasar inin ni. Bila ada kat sana jer, rasa macam klasik plak pasar tu. Hahahaha yelah rasa teringat pasar yang dulu.

Gua apa lagi, cari makcik yang jual rojak seperti gua cakap tempoh hari. Akhirnya gua jumpa jugak tapi tempat dia paling ujung dekat pasar tu....huhuhu Menapak jugak gua untuk ketempat makcik tu. Tapi baguslah juga sebab gua nak mapping sistem pasar tu. Nasib sekarang pasar2 dah tak berselerak mengingkut kesukaan peniaga. Sekarang semua mengikut barangan, Makanan hujung, mula2 baju dan tengah orang jual sayur mayur. Depends pada tempat masuk la.... Gua masuk dari tempat orang jua baju dulu.


Tengok, hand made rojak tu.... bukan mudah nak jumpa orang buat rojak camni.

Rojak yang siap didalam mangkuk. Tu tgh makan. Dia memang begini sebab buah buahan kan banyak air, jadi air yang banyak tu datang dari semua jenis buah yang ada kat dalam tu. Sebab tu rojak ni kena makan segera. Kalau boleh jangan lebih 2 jam. Sebab nanti keranggupan buah tu kurang. Tapi dia tetap sedap jugak...heheheh

Oklah, gua jalan dulu.... Babai....

Tiada ulasan: