Isnin, 18 April 2011

Hari 9 - Wireless Fidelity

Salam dari gua u allz...

Komputer hari ini telah dilengkapi dengan teknologi wireless atau tanpa wayar. Sememangnya kita inginkan penggunaan internet tetapi tidaklah berada pada satu tempat sekiranya kita menggunakan laptop atau notebook. Jadi WiFi amatlah berguna kepada kita pada masa ini.

Wi-Fi atau kepanjangannya wireless fidelity telah memasukki era komersial pada tahun 1999. Kerjasama antara syarikat yang mengeluarkan alatan yang disahkan kepenggunaan wifi telah berpakat untuk bersama membangunkan teknologi ini. Mereka juga menubuhkan pakatan untuk membenarkan ahli2 menggunakan logo wifi dan menyatakan produk mereka adalah boleh menggunakan wifi.

Sabtu, 16 April 2011

Hari Ke 10 - Fiber

Salam dari gua u allz...

Pemasangan UniFi ke rumah gua tinggal 10 Hari jer lagi. Jadi gua nak letak tentang semua yang berkaitan dengan UniFi, internet dan sebagainya dalam blog gua ni... Tengoklah kadang2 gua nak kongsi berapa banyak maklumat.

Untuk hari first (Hari 10 dan ia akan menurun) gua akan cerita pasal Fiber atau Serat atau Gentian. Apa itu Fiber. Secara ilmuannya (Menurut wiki) fiber adalah sejenis bahan yang berfilamen berterusan atau dalam potongan memanjang diskrit, sama seperti benang yang panjang . Kalau bahasa asingnya " materials that are continuous filaments or are in discrete elongated pieces, similar to lengths of thread."

Sabtu, 9 April 2011

Nasi Lemak.

Salam dari gua u allz...

Kesedapan nasi lemak itu selalunya di;etakkan orang pada sambalnya. Ntah kenapa petanda kesedapan nasi lemak diletakkan pada sambalnya.... Apakah gua jer yang letakkan atau korang pun rasakannya sedemikian.



Apa pun sebagai tukang masak, tukang rasa, tukang cipta resepi dari rasa, kesedapan nasi pada gua adalah terletak pada 3 benda iaitu nasinya, sambalnya dan ikan bilis serta kacangnya...Bagi gua nasi lemak punya nasi haruslah tidak terlalu kembang atau keras. Kena sedang2. Disebabkan ianya dimasak menggunakan santan, ianya haruslah bersifat terlerai bukan sepeti nasi lembik yang bila sejuk payahnya nak leraikan...

Sambalnya pulak haruslah cukup semua rasanya. Manisnya, masamnya, masinnya dan tidak terlalu berair... Dan gua pantang kalau sambal tu ada ikan bilis. Kununnya nak memudahkan dia tapi bagi gua ikan bilis untuk nasi lemak takleh berada dalam sambal itu. Sebab tu gua makan nasi lemak, ambil sambal ayam sebab sambal ayam memang diorang masak betul2 dan dapat perasa tambahan lagi iaitu ayam....heheheheh

Bagi ikan bilis dan kacang, kedua dua ini haruslah ranggup dan boleh dikunyah. Jangan ikan bilis liat sudahlah. Gua memang anti dengan ikan bilis yang liat2 ini.

Tapi macam man plak ngan nasi lemak yang dah siap bungkus??? Memang gua tak makan kecuali memang dah takde sarapan lain. Sebab tu gua beli dari kaum keluarga gua punya nasi lemak. Dijamin puas hati dan sedap...hehehehe

Oklah itu jer entri pagi ini menceritakan pasal kisah nasi LEMAK kegemaran orang Malaysia dari dulu lagi...

p/s: Kalau siapa nak beli nasi lemak keluaran keluarga gua atau lebih tepat lagi Mak Lang gua, boleh lah singgah digerai beliau di kawasan kejiranan Putra Heights. Simpang masuk Bukit Lanchong sebelum turun bukit. Kalau anda nak ke Bukit Lanchong kene u-turn tapi ini anda belok ke simpang kekanan anda.

Jumaat, 1 April 2011

Video ZD.

Salam dari gua u allz...

Sempena hari ini sebagai hari pelancaran zero defect  johnsons, gua bagi video cheers yang gua buat bersama rakan sekerja gua yang lain.... layan....



Inilah video yang gua buat... Kalau suka like ar dekat youtube...