Isnin, 18 April 2011

Hari 9 - Wireless Fidelity

Salam dari gua u allz...

Komputer hari ini telah dilengkapi dengan teknologi wireless atau tanpa wayar. Sememangnya kita inginkan penggunaan internet tetapi tidaklah berada pada satu tempat sekiranya kita menggunakan laptop atau notebook. Jadi WiFi amatlah berguna kepada kita pada masa ini.

Wi-Fi atau kepanjangannya wireless fidelity telah memasukki era komersial pada tahun 1999. Kerjasama antara syarikat yang mengeluarkan alatan yang disahkan kepenggunaan wifi telah berpakat untuk bersama membangunkan teknologi ini. Mereka juga menubuhkan pakatan untuk membenarkan ahli2 menggunakan logo wifi dan menyatakan produk mereka adalah boleh menggunakan wifi.



Kini semua komputer atau alatan wifi boleh bersambung ke wifi dengan mudah sekiranya berada dalam lingkungan wifi atau hotspot atau access point. Jikalau dahulu kurangnya sekuriti menyebabkan wifi adalah trerbuka tetapi kini dengan pengetahuan pengguna yang semakin meninggi, wifi hari ini telah dikunci sama ada menggunakan WPA/WPA2 atau WEP.

Jadi sekiranya anda berada didalam restoran, kfc, mcd atau kampung wireless, apa salah menggunakan internet free??? Betul kan!...

Tiada ulasan: