Sabtu, 16 April 2011

Hari Ke 10 - Fiber

Salam dari gua u allz...

Pemasangan UniFi ke rumah gua tinggal 10 Hari jer lagi. Jadi gua nak letak tentang semua yang berkaitan dengan UniFi, internet dan sebagainya dalam blog gua ni... Tengoklah kadang2 gua nak kongsi berapa banyak maklumat.

Untuk hari first (Hari 10 dan ia akan menurun) gua akan cerita pasal Fiber atau Serat atau Gentian. Apa itu Fiber. Secara ilmuannya (Menurut wiki) fiber adalah sejenis bahan yang berfilamen berterusan atau dalam potongan memanjang diskrit, sama seperti benang yang panjang . Kalau bahasa asingnya " materials that are continuous filaments or are in discrete elongated pieces, similar to lengths of thread."



Dalam biologi terdapat juga perkataan fiber, tetapi itu legih kepada yang asli seperti selulosa dan sebagainya. Pentingnya fiber ini kepada tubuh kita adalah untuk mengelakkan sembelit. hehehe

OK la kita pergi kepada fiber dalam aspek telekomunikasi. Selama ini perhubungan antara dua orang dilakukan menerusi kabel kuprum dan seterusnya ke arah wayarless. Namum kedua dua cara perhubungan adalah terhad terhadap data yang dibawanya dan kebanyakkan dipengaruhi oleh pengaruh luar. Mujurlah kemunculan fiber optik mengubah segala galanya dalam aspek perhubungan.

Fiber optik yang halus itu berupaya membawa data lebih banyak berbanding dengan menggunakan wayar conventional. Malah tidak terdapat gangguan interferens kerana yang berada didalam fiber optik adalah Cahaya.

Jadi ianya bukan sahaja boleh membawa data dengan banyak tetapi juga dengan pantas kerana cahaya bergerak dengan kelajuaan 300000 km persaat. Jadi kepada kaki game online, kepantasan ini amat penting kerana pergerakan dalam internet haruslah cepat.

Jadi itulah serba sedikit tentang fiber optik.

Tiada ulasan: