Sabtu, 19 Mac 2011

Lagi lama menunggu internet...

Salam dari gua u allz...

Gua tengah hari tadi pergila menyemak status dekat tm point PJ pasal status permohonan gua terhadap streamyx gradpack. Biasalah, gua bukan boleh tahan dengan internet lembab2 ni. Hati gua panas jer menunggu bila web tu nak load. Berjanggut gua menunggu. Huhuhu

Gua samapai sana dalam pukul 12.45 tgh hari. Gua pergi je sebab dia tutup pukul satu. Sampai giliran gua dekat kaunter depan tu, gua tanya
" bang, nak semak permohonan telefon dan streamyx"
" bila mohon?"
"26 feb, bang, ni ha dia nyer detail"

brother tu ambil dan semak dekat komputer tm. Last2 keluar " kediaman terlalu jauh, cadangan UniFi"

Gua dalam hati sakit hati je...huuhu Padahal ada jer rumah lebih jauh dari gua dapat jer pakai telefon dan rumah makcik gua di belakang dan sebelah gua[secara teknikal lagi jauh] boleh je pasang streamyx. Ini tak lain tak bukan sebab adanya unifi dirumah gua.

Gua dulu dah daftar unifi tetapi sebabkan alamat diorang tak update jadi dia jadi kes tergantung sebab mereka nak alamat seperti dalam sistem. Dalam hati gua, gua duduk sini 23 tahun, kalau gua check tu da ada, ada la. Tak yah nak risau, terminal tu depan rumah gua.

Last2 gua daftar je la unifi tu. Tapi akak kaunter kata dia akan repot[harap segera] dan pihak teknikal akan datang buat survey alamat[Tak habis habis lagi] baru dia akan call dan menentukan tarikh pemasangan. Oleh kerana TM telah memanjangkan promosi, sekarang orang yang beratur untuk pasang unifi dah penuh sampai bulan 4. Nak masuk bulan 5 dah. Tapi akak tu kata depends pada lokasi dan kekosongan jadual...huhuh

ok la itu jer celoteh gua hari ini.

p/s: nampak sangat dia nak suruh pakai unifi....hhuhuhuhuhuh

Tiada ulasan: