Jumaat, 25 Mac 2011

Gua nak PC baru

Salam dari gua u allz...

Semenjak masuk tahun 2011 ni, rasanya inilah paling lama gua pakai pc gua tanpa upgrade langsung. PC gua sekarang akan masuk 2 tahun bersama gua. Gua dulu dah jual pc gua yang sebelumnya tapi dengan yang ini sampai 2 tahun gua pakai...huhuhuhhu lama jugak tak upgrade ni. Semunya disebabkan takde sumber kewangan.

Sekarang gua teringin nak upgrade tapi mengikut perkembangan semasa, intel akan keluarkan core i7 sandy bridge, AMD plak dengan teknologi bulldozer dia. Gua jadi tak sabar nak menunggu kehadiran processor baru ni. Tapi dah tentu harga diorang boleh tahan semuanya.

Gua pun tak tahu sama ada nak jual pc gua ni atau tidak. Kalau jual macam takde value la pulak sebab da lama. Tapi kalau tak jual saper nak pakai dan gua plak takde duit support....Payah betul la.... huhuhu

Tengoklah masanya nanti. Gua nak upgrade GPU, CPU, mobo dan memory... itu jer. Yang lain gua semua dah ok...

Tiada ulasan: