Rabu, 30 Mac 2011

Cacat Sifar.

Salam dari gua u allz...

Wah, hari ini gua ngan rakan pejabat gua membuat video untuk kegunaan semasa pelancaran hari zero defect. Apa itu zero defect? Benda bukan bermakna setiap produk yang dihasilkan langsung tiada cacat, itu amat musthail melainkan ciptaan Tuhan yang Maha Berkuasa tetapi suatu motivasi untuk pekerja agar melakukan sesuatu benda itu dengan betul pada permulaan sehingga akhir.

Sekira defect dikesan, haruslah sebagai pekerja menjalankan tugas untuk menyiasat punca defect dan membetulkannya agar tidak berulang kembali. Minda sebegini yang harus ditanam dalam diri semua insan termasuklah gua.

Dah alang2 duduk kat kilang tu, amik gambar bukan main banyak lagi pasal ZD ni.... Layan la...

Tiada ulasan: