Isnin, 18 April 2011

Hari 9 - Wireless Fidelity

Salam dari gua u allz...

Komputer hari ini telah dilengkapi dengan teknologi wireless atau tanpa wayar. Sememangnya kita inginkan penggunaan internet tetapi tidaklah berada pada satu tempat sekiranya kita menggunakan laptop atau notebook. Jadi WiFi amatlah berguna kepada kita pada masa ini.

Wi-Fi atau kepanjangannya wireless fidelity telah memasukki era komersial pada tahun 1999. Kerjasama antara syarikat yang mengeluarkan alatan yang disahkan kepenggunaan wifi telah berpakat untuk bersama membangunkan teknologi ini. Mereka juga menubuhkan pakatan untuk membenarkan ahli2 menggunakan logo wifi dan menyatakan produk mereka adalah boleh menggunakan wifi.